Hadramawt at Taman Melati

Kalau dari Kuantan, selepas tol gombak, amik kiri MRR2, dlm 2 km gitu, naik jejantas ke taman melati. pusing2 sikit, dah jumpa shop lot taman melati yang mengadap MRR2 sebelah kanan.

Selain LEHA KELFOOD… makan nasik arab di taman melati KL.

 

 

Posted in Jamu Selera | Leave a comment

Tempat makan Kuantan – Arfa East Cost Mall

Ni salah satu tempat makan yang ada di east cost mall.

Jika ke Kuantan, dan shopping di east cost mall yang bersebelahan Zenith Hotel, singgal ke Seri Arfa….

Posted in Jamu Selera | Leave a comment

Larian Telok Chempedak Kuantan 2012

Diadakan pada 2 september 2012, di telok chempedak.

KAMI DI FNKHOMESTAY BERSEDIA MENYEDIAKAN PENGINAPAN KEPADA

PESERTA LARIAN TC 2012

 

 

Posted in Event @ Kuantan, Pekan, Gambang, Gebeng | Leave a comment

Hari Terakhir Bali Part V

Flight AA jam 7 malam, dan dapat sms flight postponed ke 9 malam.. so ada byk masa utk buat sedikit aktiviti. Kami bincang dengan sopir, persetujuan dicapai untuk ke nusa dua naik glass boating ke p.penyu.

sebelum tu, rembat dulu di wong solo. makan t.hari awal sikit.

 

Bergerak ke nusa dua. melalui sopir, kami sewa 1 boat utk glass boating dan penyu… IDR 350k perboat

      

trip ke bali berakhir.. 4 hari 3 malam tidak mencukupi utk cover banyak lagi tempat di Bali. Yang penting, perkhidmatan sopir, haruslah muslim kerana ia memudah kan kita. Kami berjumpa dengan 1 sopir yang 8 tahun bekerja sebagai driver dan kami menawarkan kepada beliau pertolongan untuk mendapatkan tetamu dari Malaysia. Jadi dia boleh run sendiri perkhidmatan sopirnya dan ini dapat meningkatkan taraf hidup beliau. Oleh itu sesiapa yang baca thread ni, dan nak ke Bali, boleh lah menggunakan khidmat sopir muslim di bali.

Posted in FnK Story | Leave a comment

Bali Part IV, keindahan alam

kalau ke Bali, nikmati lah keindahan alam, pantai, gunung dll. Hotelnya cukup banyak, resort, villa.. sebab itu ia menjadi pilihan kepada yang ingin berhoney moon.. kalau pakej honey moon, pilih hotel atau villa yang sunyi dan berada di keindahan alam semulajadi dan anda akan dapat merasai suasana honeymoon yang indah tanpa gangguan. Kurangkan aktiviti tours di luar.

Ini villa kami, yang berada di kawasan seminyak, legian dan kuta…

 

kawasan sawah padi juga cantik kerana di lereng bukit. biasanya di M’sia, sawah padi di tanah rata, tapi disini padi di lereng bukit dan ia bukan padi bukit. tapi padi biasa..

 

Di Bali, penganut Hindunya sangat kuat pegangan agamanya. Mereka sungguh taat dan kita akan jumpa banyak kuil masyarakat hindu disana. Kalau di jalan-jalan raya, akan jumpa patung kuil di persimpangan jalan2 kerana tuhan mereka akan menjaga keselamatan di Jalan raya.

Banyak tempat kuil hindu disana dan satu tempat yang kami lawati adalah di Tanah Lot.

       

Masjid, tak susah nak carik disana, tapi tak la sesenang nak carik bila ke Banding atau jogja.. sembahnyang tak susah, dimana2 aja..

 

Posted in @ Other places | Leave a comment

Sopir Muslim Bali part III

sambung lagi…senario di Kuta.

 

 

kebetulan liburan indonesia selama 2 minggu, pantai kuta crowded dengan anak-anak rombongan sekolah. Habis mat salleh kena kerumun untuk ambik gambar. on de way back from p.kuta, lalu kat KFC. Restoran yang ada halal oleh MUII..

Bersiapsedia untuk keluar di hari kedua.

we decided to go to safari park

bersiap-siap

Kebanyakan org ke Bali, akan ke tempat2 seperti temple, gunung berapi, sawah, pantai… tapi sebab ada anak-anak, dan untuk menceriakan mereka, kami amik keputusan untuk ke safari. Tak pernah experience safari lagi sebelum ini. Walaupun mungkin kat M’sia ada, tapi dah sampai disini, redah aja…. Fees ? belasah.. RM100++ perhead…koyak…

sabar menanti show

musang terbesar dunia

instructor

didalamnya

tourist guide

badak bali

closed up

dekatnya…

macamana nak komen. First time masuk safari dan tak boleh nak buat comparison dgn mana2 safari kat tmpt lain. Tapi pengalaman pertama kami dan anak2.

Cuma ada beberap tempat dalam safari yang kena charge fees lain kalau kita nak masuk. contohnya, naik gajah, nak unta dan main waterpark.

Selesai aktiviti 12 jam ++ dengan sopir muslim bali, makan malam tapau dari wong solo balik makan kat hotel.

 

Posted in FnK Story | Leave a comment

Pakej Muslim Bali 2

a lot of variety nasi padang

Sambung dari part 1.

Kami di bawa oleh pak sopir dari a.port lunch di restoran nasik padang. Jika mahu rasa selamat makan disini, hanya n.padang, minang, KFC, McD saja yang halal. Itu pun nak kena cek jugak. Carik yang betul2 halal kerana ditakuti pekerja-pekerja nya bukan muslim. So, ada was-was.

Jalan menuju ke hotel, kami singgah di restoran nasik padang ini. Makan untuk 5 orang dengan hidangan lauk bertingkat atas meja dan kiraan bayaranya hanya pada lauk yang disentuh, keseluruhan kami makan untuk 5 orang dalam 250k ++. Mahal jugak tu.

Kalau di M’sia, susah nak jumpa yang jenis hidang atas meja banyak2 lauk. Apatah lagi di Kuantan. Tak biasa disini. Tapi inilah favourite kami kalau ke Indonesia. Pasti cari masakan padang sebegini.

Selesai makan, terus di bawa ke hotel yang telah ditempah. Villa Diana. Villa ni kecik dari hotel. Privaci, bilik tak banyak. Luas. Private balkoni untuk lepak2x. keluar bilik je terus kolam renang. Cuma, kolam renang child pool takde. Kedalamannya 1.3m, anak yang paling kecik tak lepas. Dan masalah lain, ‘Bule’ dok melepak kat kolam renang..dari pagi sampai petang. Tutup mata je lah…

 

makan malam di luar bilik villa diana

Selesai berehat di Hotel, dan hari masih awal petang, dan sopir tidak di tempah pada hari ini, atas nasihat sopir, ambil teksi dan waktu petang bisa di habisin ke p.kuta, kami keluar dengan menelpon bluebird ke p.kuta

Sepanjang perjalanan, kami berborak berkenaan bali. dan pemandu teksi menceritakan perihal dia yang merantau ke bali untuk mencari pekerjaan. Beliau dari Sumatera. Ramai org Indonesia sendiri merantau ke Bali untuk mencari pekerjaan kerana sektor pelancongan disini sangat2x tinggi permintaannya. Peluang cukup banyak. Tenaga kerja cukup tinggi. Sebab itu, tokei2x kompeni kaya-kaya, kerana tenaga kerja yang murah. Nko nak kerja, ini bayarannya, kalau tak nak dengan bayaran ni, ramai lagi org nak…. Persaingan perkerjaan sangat2 tinggi menyebabkan upah tenaga kerja menjadi sangat rendah sedangkan hasil dari perniagaan sangat baik. Sebab tu, kata sopir, yang tokei nya akan semakin kaya, dan yang gol. karyawan ni akan sentiasa dalam rat circle, katanya robert kiyosaki.

Pantai Kuta, Bali adalah pantai yang cantek dan tumpuan pelancong selain dari pantai belah2 nusa dua sana. Kena pulak liburan. Waktu cuti sekolah. Huh, sangat ramai orang.. campur dengan local dan mat salleh. sesak.

Posted in FnK Story | Leave a comment

Percutian Bali Pakej Muslim 1

Pada 29hb July yang lalu, fnkhomestay berkunjung ke Bali satu keluarga untuk bercuti sambil melihat-lihat peluang bisnes dalam industri pelancong.

Walaupun tempahan tiket hanya 2 minggu sebelum tarikh berangkat, tiket flight AA rasanya masih jauh lebih murah berbanding dengan MAS.

Flight AA yang kebanyakan nya telah menggunakan AirBus kelihatan baru semasa kami menaiki untuk ke Bali.

Bertolak malam sebelumnya, kami menginap di homestay yang hanya 10km ke lcct dan harganya amat berpatutan. Tidur malam sebelumnya sebab keesokan pagi jam 9. Takut tak sempat dari Kuantan. Pagi-pagi sudah bangun dan drive ke LCCT dan park di tmpt parking A untuk 4 hari. Parking B dan C lebih murah, tetapi malas berjalan kaki dan bezanya RM9 untuk sehari.

Kepada pengunjung-pengunjung Bali, topik thread ini adalah pakej Muslim. Oleh kerana penduduk Bali adalah 93% Hindu, dan mereka mempunyai kulit, muka dan rambut yang sama dengan melayu islam ataupun Jawa Muslim, maka sudah tentu kita akan confuse dengan cara hidup, amalan, dan pemakanan mereka kerana mereka tidak mempunyai Halal dan Haram dalam aspek Islam. Inilah yang sangat2 harus di pahami oleh pengunjung-pengunjung Muslim yang berliburan ke Bali.

Kalau di Indonesia, gerai-gerai yang berbentuk kereta sorong sangat banyak. Penduduknya mencari rezeki dengan berniaga makanan. Senario ini banyak kami jumpa di Bandung dan Yogyakarta. Sama juga disini, tapi AWAS... masakan mereka, jika bukan ISLAM, sudah tentu ingredient nya ada babi. Kerana mereka tidak memahami erti Halal, jika anda bertanya driver teksi, atau sesiapa yang bukan Islam disana, kita boleh mintak masakan halal tetapi diasingkan daging Babi. Sanggup nak makan ??

Percutian FnK ke Bali, dirancang dan sangat menitikberatkan berkaitan ini. Terutamanya makan. Walaupun suasana disana yang penuh dengan ‘Buli’, mat salleh yang kebanyakan dari Australi, yg hanya 3 jam dari Perth, tempat-tempat tumpuan mereka seperti di Legian, Kuta, boleh kita elakkan. Namun, makan, tempat sembahyang, haruslah halal dan mudah bagi kita pelancong-pelancong muslim untuk mencarinya di Bali.

Kami di jemput oleh Sopir yang telah kami berhubung melalui email saja, dan mereka telah menunggu di Lapangan Terbang Ngah Rai dengan tag nama.

laluan airport bali

 Berurusan melalui email dan persetujuan pun melalui email saja. Tanpa ada deposit, mereka menerima tempahan saya dgn risiko saya mungkin tidak memilih perkhidmatan sopir mereka. Oleh kerana waktu ini mereka tidak penuh, risiko itu mereka ambil kerana kata sopirnya, orang-orang dari M’sia tidak pernah mungkir janji.

Itinerarinya sangat fleksible kerana saya dan keluarga mahu memilih-milih tempat yang kami ingin lawati berdasarkan rekomen dari sopir. Day1, touchdown airport, kami terus diambil oleh sopir dan soklan pertama saya tanya, ‘kamu muslim’ – ‘Alhamdulillah, Pak… Muslim’ katanya. Seperti yang dijanjikan melalui email, day 1 hanya pickup hotel, makan tengahari dan hantar ke hotel untuk berehat.

cont..

Posted in FnK Story | Leave a comment

satu tarikan tambahan, mini zoo taman teruntum

Zoo ni terletak dekat dengan teluk chempedak. kalau boring2 di Kuantan, tak de aktiviti.. blh lah singgah disini. Takde apa pun, sbb mini je. tapi blh lah buat mengisi masa. Kalau dulu, semasa sebelum diambil alih oleh swasta, lesu je.. sekarang nampak macam meriah.

Posted in Destinasi Berdekatan | Leave a comment

IT fair at Kuantan

salah satu venue yang boleh dikunjungi pengunjung ke Kuantan waktu cuti sekolah nanti. 1-3 June 2012.

MALAYSIA IT FAIR is an inspiring digital lifestyle event that caters both to consumers and the ICT (information and communications technology) industry.

It provides an excellent platform for companies to showcase and launch IT products, services and technologies to a wide and targeted audience.

Malaysia IT Fair is not only about Value Bargains but MORE. It encompasses a learning platform packed with activities for the modern generation to get acquainted with the latest IT happenings and consumer electronic offerings in the market.

It is an IT event where consumers come face to face with innovative technologies in computer hardware and software, digital products, wireless applications, ICT Gadgets, components and solutions from world renowned brands.


Posted in Event @ Kuantan, Pekan, Gambang, Gebeng | Leave a comment