Pilih Program Diploma dimana ? Universiti, Politeknik atau Kolej Swasta

Bila dah habis SPM, kita berkira-kira lah untuk sambung belajar dimana. Kalau result SPM bagus dan cukup syarat untuk sambung matrikulasi, boleh isi UPU untuk apply matrikulasi atau mohon program asasi di Universiti Awam yang menawarkan program tersebut.

Bagi yang tak nak ke program matrikulasi atas faktor result tak bagus, atau faktor lain seperti nak belajar 2 tahun 9 bulan dapat diploma dan kerja instead of 4 tahun ambik degree, maka bolehlah mohon program diploma. Syarat untuk ke program diploma sangat minimum sehinggakan ramai yang layak untuk sambung diploma di institusi awam mahupun swasta.

Kalau nak ke program diploma, boleh letak priority mohon ke Universiti Awam, Politeknik atau Kolej dibawah Mara dan option yang terakhir baru ke kolej swasta. Ini berdasarkan kepada kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh institusi awam berbanding swasta dan yang paling utama adalah YURAN.

JANGAN KELIRU. Ada institusi swasta yang menjalankan program diploma secara franchais IPTA. Yuran nya mahal dan walaupun kualiti dijaga oleh IPTA tersebut tetapi masih tidak setanding dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang di tawarkan oleh institusi awam seperti Politeknik dan Kolej Kemahiran Mara.

JANGAN KELIRU JUGA. Hasil sedikit carian di website, UTM ada menawarkan program diploma mereka, tetapi jika dilihat yuran yang dikenakan oleh UTM tidak seperti yuran program diploma di institusi awam yang lain. Boleh semak di website UTM. Contoh yuran program kejuruteraan disini http://space.utm.my/diploma/ sebanyak RM34,300 untuk sepanjang program diploma. Boleh bandingkan yuran ini dengan Politeknik atau Kolej dibawah Mara atau mungkin boleh bandingkan dengan yuran program diploma di IPTA seperti UiTM.

Ada juga Unversiti Awam yang mempunyai kolej swasta mereka sendiri seperti IIUM yang mempunyai kolej swasta International Islamic College. Jadi calon-calon lepasan SPM, sila dapatkan maklumat sebelum membuat pemilihan tempat untuk menyambung pengajian diploma.

Jika tawaran program diploma menggunakan nama Universiti Awam tetapi yuran yang tinggi, sepatutnya kita selidik dulu. Mungkin program tersebut adalah franchais, atau program tersebut di punyai oleh kolej swasta dibawah universiti terbabit. Oleh kerana banyak institusi awam yang menawarkan program Diploma dan kualiti yang baik, jadi pilihlah program yang ditawarkan oleh Politeknik, IPTA (bukan program swasta), Kolej Kemahiran Mara. Duit jimat, kualiti terbaik.

This entry was posted in popular. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s