Hobi Ternak Kelulut di Rumah Teres

Hasil tuaian hari ni.

  • Dapat lah 3 botol kecil cukup untuk makan sendiri selama 1-2 bulan dengan kadar makan 2 kali sehari satu sudu
  • Kelulut ni, kami ada 1 log saja dan diletak di laman rumah teres yang di penuhi bunga-bunga seperti air mata pengantin. Bunga-bunga jiran pun banyak dan kelulut terbang hisap madu di sekitar taman perumahan
  • Log ni di beli dalam 2 tahun lepas dekat airport Kuantan. Ada pakcik jual log kelulut ni dengan harga waktu tu RM600. Pakcik ni ada restoran kat rumah dia berdekatan airport kuantan
  • Setakat kami pelihara ni, hasil sekali tuai, seperti diatas tu. tak mengecewakan dan cukup lah untuk buat makan sendiri
  • Ada plan nak tambah log lagi, dan harga semakin mahal sekarang ni. Tapi memandangkan kawasan rumah dah takde, cukup lah satu dulu. Cuma sekarang kantung madu kelulut tu dah agak penuh. Tak tahu nak buat macamana. Kena call penjual log untuk mintak khidmat nasihat macamana nak handle kantung yang dah penuh
  • Waktu nak ambil madu, kena pakai baju macam diatas sebab jenis kelulut ni garang. Walaupun ia tak mengigit, tapi agak rimas kalau dah mula menyerang
  • Pendek kata, hobi ni sekarang boleh mendatangkan faedah kepada kita dan log kelulut mempunyai permintaan yang tinggi
This entry was posted in FnK Story, popular. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s