Jadi Engineer Tak Perlu SPM Aliran Sains

FnK Homestay di Jalan Beserah Kuantan menjadi tempat penginapan bagi ibu bapa yang mendaftar anak di POLTEKNIK KUANTAN.

Bidang kejuruteraan di Malaysia masih mempunyai potensi peluang pekerjaan yang tinggi berbanding bidang IT. Bidang-bidang seperti mechanical, electrical, civil, chemical masih diperlukan di sektor perindustrian di Malaysia. Namun begitu, nak masuk belajar di bidang ini, calon-calon mestilah dari aliran sains untuk membolehkan mereka memasuki asasi atau matrikulasi sebelum menyambung pengajian di peringkat degree di IPTA atau IPTS. Namun begitu peluang masih ada bagi yang bukan di aliran sains untuk sambung pengajian di peringkat degree dalam bidang kejuruteraan.

  1. Syarat kemasukan ke matrikulasi agak ketat untuk memboleh kan calon-calon lepasan SPM mengambil bidang kejuruteraan apabila tamat di matrikulasi. Mesti sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Add math. Lepasan bukan aliran sains tertutup peluang sambung degree di bidang kejuruteraan melalui kemasuk ke Matrikulasi.
  2. Lepasan SPM yang berhajat untuk sambung degree kejuruteraan tetapi tidak mahu ke Matrikulasi boleh mengambil diploma di IPTA mahupun di IPTS. Program diploma kejuruteraan di IPTA seperti MTUN (UTEM, UniMAP, UTHM, UMP) menawarkan pelbagai bidang kejuruteraan disampung institusi lain seperti Polteknik, Adtec, KKTM dan kolej-kolej swasta.
  3. Jika ambil program diploma di institusi-institusi diatas dan mendapat keputusan yang cukup syarat kemasukan untuk ke program Degree, biasanya boleh terus direct entry selepas tamat pengajian diploma dimana kebiasaanya tempat lebih secured.
  4. Kebanyakan program diploma sekarang 2 tahun 9 bulan dan bila diterima masuk ke program degree, boleh transfer kredit maksimum hingga 30%.
  5. Namun begitu, syarat kemasukan ke program diploma masih memerlukan calon pelajar di aliran sains kerana masih lagi 5 kredit termasuk Add Math cuma grade add math lebih rendah sedikit berbanding syarat kemasukan ke Matrikulasi.
  6. Jadi bagi aliran non science, strateginya adalah MASUK KE PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN OLEH POLITEKNIK, KKTM MAHUPUN ADTEC. Syarat kemasukan ke program ini tidak memerlukan add math. Syarat kemasukan ke poli teknik – Matematik atau Matematik Tambahan, SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional, Mana-mana TIGA (3) matapelajaran lain yang belum diambil kira kepujiannya.  http://www.politeknik.edu.my/spm/s_syaratmasuk2004.htm
  7. Masuk ke program diploma di POLITEKNIK, KKTM, ADTEC dan dapatkan keputusan CGPA >3.0 untuk melepesai kelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat degree di Universiti Awam terutamanya MTUN. (Syarat CGPA kemungkinan berbeza-beza bergantung kepada UA yang dipilih)
  8. Dengan transfer kredit maksimum 30%, calon mungkin akan dapat terus credit exemption untuk tahun 1 dan terus boleh masuk ke tahun 2.
  9. Belajar bersungguh-sungguh sehingga grade dan kemudian boleh apply kerja jadi engineer dan biasanya company tak akan tanya, add math ambil tak waktu SPM.

Kadang-kadang pelajar-pelajar ni, turning point mereka suksess dalam hidup mungkin agak lambat dan bukan sewaktu mereka mengambil SPM. Jadi laluan untuk mereka menjadi engineer masih ada dan yang penting usaha bersungguh-sungguh untuk belajar kerana belajar engineering ni lebih susah berbanding dengan IT sedangkan peluang pekerjaan di bidang IT lebih besar dan gajinya pun sudah tiada beza sekarang ni.

Apa-apa pun, minat yang paling utama untuk memilih laluan mana yang kita nak pilih untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

 

This entry was posted in General news. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s