Kalau ke Kuantan, tempat yang boleh menjadi pilihan untuk makan adalah sara thai. Di bandar Kuantan, sara thai ada 2 tempat di dalam bandar.
Masakan disini ‘ada rasa’. Dari tomyam hinggalah ke masakan ala carte yang lain, rasanya tidak mengecewakan. Pembukaan cawangan baru di balok, berdekatan homestay kami memudahkan pengunjung mendapatkan kualiti masakan tomyam yang sedap selain di tanjung lumpur. Dengan deko restoran yang cantik, membangkitkan lagi selera makan anda jika menjamu selera disini. Terletak di tepi jalan dari beserah ke balok, hanya beberapa meter sahaja dari Eng Hong dan KFC di balok. Terletak di sebelah kanan jalan menuju ke Balok, kami di fnkhomestay mencadangkan restoran yang boleh dikunjungi oleh tetamu kami. Selamat menjamu selera.