FnK HOMESTAY KUANTAN CITY AND BEACH GUEST HOUSE

FnK Homestay kuantan di uruskan oleh FMM Enterprise. Kami mempunyai sebuah unit rumah Semi – D yang terletak di Taman Bukit Pelindung Maju yang berada berdekatan dengan bandar Kuantan dan Pantai Beserah serta Balok dan Gebeng. Rumah yang mempunyai 4 bilik dan 2 bilik air dengan kadar harga semalam (pernight) RM190 (PROMOSI 2018).

Quantity Weekend Weekdays
1 night RM 230/night RM 210 /night
2 nights and above RM 220 /night RM 200 /night
7 nights and above RM 110 /night RM 110 /night

___________________________________________________

homestay kuantan room1

master bedroom

Homestay kami terletak di lokasi yang strategik dan mendamaikan. Hanya berdekatan 100 meter dari pantai beserah, pengunjung-pengunjung yang datang ke Kuantan untuk urusan kerja ataupun urusan bercuti akan pasti amat selesa dengan layanan FnK Homestay. Lokasi di jalan beserah memudahkan pengunjung untuk berurusan di pejabat-pejabat kerajaan di sekitar Kuantan, mahupun syarikat-syarikat swasta di kawasan sekitar seperti Jalan Beserah, Jalan Tun Ismail, Wisma Negeri, PASDEC, Tabung Haji, KWSP, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Polisas dll.

Urusan kerja di universiti seperti Universiti Malaysia Pahang, UIA, UiTM, Open University OUM, Kolej University WIDAD, IKIP, KUIPSAS, Polisas, ILP Kuantan dapat dilakukan dengan selesa jika anda menginap di FnK HOMESTAY KUANTAN. Urusan di kawasan sekitar juga mudah dengan access jalan seperti ke PEKAN, Gambang, IM, Cherating, Kemaman ataupun Gebeng.

RUMAH SEMI D 4 BILIK 2 BILIK AIR
BILIK TIDUR UTAMA (AIRCOND) QUEEN BED
BILIK TIDUR KEDUA QUEEN BED (AIR COND)
BILIK TIDUR KETIGA 2X SINGLE BED (AIR COND)
BILIK KEEMPAT KATIL BUJANG / TOTO
RM190 PERNIGHT
HUBUNGI: 019 9157172 (PN FARA), WASSUP 019 915 7172
klik disini untuk wassup
http://fnkhomestay.wasap.my 0199157172
http://fnkhomestay.wasap.my 0199157172
http://fnkhomestay.wasap.my 0199157172

homestay kuantan living room
——————————————————–

Jika anda mempunyai urusan di tempat pengajian IPTS sekitar Kuantan, Pekan, Gambang, Semambu, Gebeng, Peginapan FnK amat strategik untuk ke destinasi tersebut.

Jika anda berurusan di UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, gambang hanya kurang lebih 30 minit dari lokasi kami. Melalui jalan kuantan bypass, jalan 2 lane, anda akan melalui UIA, IKIP, WIDAD COLLEGE dan terus menuju ke UMP jalan Gambang. UMP juga mempunyai kampus utama iaitu di Kuala Pahang, Pekan. Dengan mengambil jalan tanjung lumpur dan keluar di highway Gambang – Pekan, masa yang diambil 30-45 minit untuk sampai ke UMP pekan bergantung kepada kelajuan kereta anda.

Urusan di Pekan menjadi mudah dengan siapnya jalan Highway Kuantan Pekan dimana pengunjung-pengunjung yang mempunyai urusan di Pekan tidak perlu lagi untuk menginap disana. Anda boleh menginap dengan selesa di FnK Homestay dan urusan di Pekan dapat dibereskan dengan selesa, cepat dan tenang.

Jika hantar anak ke UIA, POLISAS, konvokesyen, symposium, melihat anak di hujung minggu, partime belajar di IIUM, FnK homestay kuantan berdekatan dengan IIUM atau UIA. Hanya kurang lebih 5 minit dari Jalan Beserah, dan lokasinya di sepanjang jalan bypass Kuantan – Airport, destinasi dan mudah untuk berulang alik ke IIUM di Indera Mahkota. UIA yang sedang pesat berkembang dengan beberapa fakulti sedang di bangunkan, Homestay kami dapat menyediakan penginapan yang selesa kepada pengunjung yang berurusan di IIUM/UIA.

Di Kuantan, terdapat dua hospital swasta yang top pilihan pesakit iaitu Kuantan Medical Center (KMC) dan Kuantan Specialist Hospital (KSH) yang masing-masing terletak di Indera Mahkota dan Tanjung Lumpur. Jika anda datang ke Kuantan melawat teman-teman di dua hospital pakar ini, penginapan kami boleh menjadi pilihan anda. Di Tanjung Lumpur, terdapat satu lagi hospital pakar yang baru iaitu Darul Makmur Medical Center (DMMC).

IPTA yang lain seperti Politeknik POLISAS, Kolej Komuniti, ILP juga dekat dengan FnK Homestay Kuantan. Jika anda mempunyai urusan di tempat-tempat tersebut, kami menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada pengunjung-pengunjung.

polisas

Kolej-kolej swasta juga banyak terdapat di Kuantan. Peginapan FnK dekat dengan kolej swasta seperti KOLEJ SHAHPUTRA, KIPSAS, IKIP, PSDC, Cosmopoint, Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) di PEKAN, dan kolej-kolej kecil yang lain.

HUBUNGI: 019 9157172 (PN FARA), WASSUP 019 915 7172
klik disini untuk wassup
http://fnkhomestay.wasap.my 0199157172
http://fnkhomestay.wasap.my 0199157172
http://fnkhomestay.wasap.my 0199157172

Fnk Homestay kuantan berdekatan dengan Industrial Gebeng. Berurusan di syarikat oil and gas di Industrial Gebeng menjadi mudah dengan menginap di sini. Kawasan perindustrian baru MCKIP juga amat berdekatan dengan homestay kami. MCKIP Gebeng terdapat satu kilang dari China yang mengeluarkan besi (steel). 

mckip

Rumah penginapan kami hanya 15km ke kawasan perindustrian gebeng. Jika berurusan di syarikat seperti petronas, BASF, Polyplastic dan syarikat oil n gas yang lain bolehlah penginapan FnK sangat strategik ke lokasi tersebut.

BERCUTI SAMBIL BERKELAH

Tempat perkelahan di kuantan amat popular kerana mempunyai pantai yang cantik. Pantai Cherating, Balok, Pantai Batu hitam, Beserah, Pantai Sepat mepunyai pantai yang cantik untuk berkelah dan mandi manda. FnK Homestay Kuantan amat strategik untuk ke lokasi-lokasi tersebut.

Batu hitam 1 bau hitam 2 batu hitam 3

Pantai Teluk Cempedak (5 minit). Pantai telok chempedak terkenal landmark di kuantan. Hotel yang berdekatan adalah Hyatt Regency Kuantan. Bersantai di Telok Chempedak hanya 5 minit dari FnK Homestay kuantan dengan melalui jalan JUPEM. Hujung minggu anda happening disana dan menenangkan.

Air terjun. Jika ingin merasai keseronokan sungai, air terjun pandan berada kurang lebih 3o minit dari FnK Homestay. Sungai yang dingin dan air terjun amat mendamaikan. Anda boleh mandi manda sambil berkhemah dan berbbq disana dengan dikenakan sedikit bayaran yang tidak mahal. Charge untuk kerja-kerja pembersihan. Sungai lembing juga sesuai untuk mandi manda.

BUKIT GAMBANG RESORT CITY BGRC

Lokasi BGRC dari FnK Homestay Kuantan kurang lebih 35 km. Pemanduan ke sana amat mudah menggunakan jalan gambang. Aktiviti boleh dilakukan di awal pagi dan pulang semula dalam tengah hari untuk itinerary yang lain. Masa anda akan di isi dengan destinasi-destinasi menarik yang lain di Kuantan, Pekan dan Balok.

Bersantai, shopping dan makan-makan di KUANTAN.

Bersiar-siar di bandar Kuantan amat mudah sekali. Hanya kurang lebih 5 minit, boleh ke East cost Mall, Mega mall, Kuantan Parade, Tanjung Lumpur, Indera Mahkota, Stadium Darul Makmur, Kemaman Kopitiam, Secret Recipe, Ani Sup Utara, Satay Zul,  KIM STONE Food Court, Restoran Taj, Ana ikan bakar, santai, nara seafood dan banyak lagi.

RM 190 SEMALAM
DEPOSIT RM50
BANK IN KE MAYBANK 556093224198 FMM ENTERPRISE
SILA SMS/EMAIL STATEMENT PEMBAYARAN
CHECK IN 2.00 PM, CHECK OUT 12.30 TGH

Penginapan untuk sebulan = RM 2100/ RM70 pernight

homestay kuantan room 2

HOMESTAY KUANTAN, PILIHAN BIJAK GANTI HOTEL

Menyediakan penginapan yang selesa setanding penginapan – penginapan seperti hotel. Jika anda berkunjung ke Kuantan melancong, bekerja, kenduri kahwin, event rasmi, outstation di sekitar Kuantan, Pekan, Gambang, Gebeng, Kemaman, Beserah, Balok, Cherating, anda boleh memilih penginapan FnK Kuantan City and Beach Guest House.

Kemudahan
living room different angle Guest House kami mempunyai 4 bilik, 3 bilik dilengkapi aircond dan Queen bed, ruang tamu dan ruang makan yang luas. Amatlah berbaloi jika menginap di Homestay berbentuk rumah berbanding Hotel. Penginapan Kuantan FnK dilengkapi TV (Astro basic packge), saterika, cerek elektrik, peti ais dan mesin basuh.

 

kitchen dining table welcome

Kemudahan parking yang luas 2 buah kereta, dengan kejiranan yang sunyi, hanya terdapat 24 unit rumah semi-D sahaja di kejiranan ini, FnK Homestay kuantan amat sesuai untuk keluarga, pekerja yang outstation, pegawai kerajaan, pensyarah dan mereka yang ingin ketenangan bercuti di kuantan dan pantai beserah balok, batu hitam.


Lokasi

Dengan deruman pantai yang hanya kurang lebih 100 meter dari lokasi  FnK homestay, suasana yang nyaman dan tenang dapat dirasai kepada tetamu penginapan kuantan FnK. Pantai perkampungan beserah terletak di berhampiran penginapan FnK Kuantan. Kawasan kejiranan juga terdapat mini taman permainan. Anak2 tidak merasa bosan hanya di rumah, tetapi dapat bermain di kawasan mini taman permainan yang ada gelongsor, buaian dan jongkang jongkit.

FnK Homestay located near to gebeng industrial park. It is very suitable to people who has function/meeting in Kuantan. It is only 10-15 minutes drive to Oil and Gas Gebeng Industrial Park.

Pantai
Bagi yang bercuti di hujung minggu dan mencari penginapan sekitar Balok, Beserah, Cherating, lokasi kami amat strategik dimana anda boleh ke pantai rekreasi balok untuk berkelah, bakar-bakar ikan, berkhemah dan aktiviti santai bersama keluarga. Pantai cherating 15-20km dari pelindung maju. Pantai telok chempedak hanya 5 km memandu ke arah bandar.

 



KAMI MENANTI KEHADIRAN ANDA.
Web blog ini bukan sekadar mempromosikan homestay fnk tetapi juga mengandungi maklumat-maklumat bergunan kepada mereka yang bercuti atau bekerja di sekitar kuantan, pekan, gambang, kemaman. Sila baca artikel-artikel dengan category tertentu untuk memudahkan penginapan anda.

Continue reading

Posted in popular | Tagged | 2 Comments

Jadi Engineer Tak Perlu SPM Aliran Sains

FnK Homestay di Jalan Beserah Kuantan menjadi tempat penginapan bagi ibu bapa yang mendaftar anak di POLTEKNIK KUANTAN.

Bidang kejuruteraan di Malaysia masih mempunyai potensi peluang pekerjaan yang tinggi berbanding bidang IT. Bidang-bidang seperti mechanical, electrical, civil, chemical masih diperlukan di sektor perindustrian di Malaysia. Namun begitu, nak masuk belajar di bidang ini, calon-calon mestilah dari aliran sains untuk membolehkan mereka memasuki asasi atau matrikulasi sebelum menyambung pengajian di peringkat degree di IPTA atau IPTS. Namun begitu peluang masih ada bagi yang bukan di aliran sains untuk sambung pengajian di peringkat degree dalam bidang kejuruteraan.

  1. Syarat kemasukan ke matrikulasi agak ketat untuk memboleh kan calon-calon lepasan SPM mengambil bidang kejuruteraan apabila tamat di matrikulasi. Mesti sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Add math. Lepasan bukan aliran sains tertutup peluang sambung degree di bidang kejuruteraan melalui kemasuk ke Matrikulasi.
  2. Lepasan SPM yang berhajat untuk sambung degree kejuruteraan tetapi tidak mahu ke Matrikulasi boleh mengambil diploma di IPTA mahupun di IPTS. Program diploma kejuruteraan di IPTA seperti MTUN (UTEM, UniMAP, UTHM, UMP) menawarkan pelbagai bidang kejuruteraan disampung institusi lain seperti Polteknik, Adtec, KKTM dan kolej-kolej swasta.
  3. Jika ambil program diploma di institusi-institusi diatas dan mendapat keputusan yang cukup syarat kemasukan untuk ke program Degree, biasanya boleh terus direct entry selepas tamat pengajian diploma dimana kebiasaanya tempat lebih secured.
  4. Kebanyakan program diploma sekarang 2 tahun 9 bulan dan bila diterima masuk ke program degree, boleh transfer kredit maksimum hingga 30%.
  5. Namun begitu, syarat kemasukan ke program diploma masih memerlukan calon pelajar di aliran sains kerana masih lagi 5 kredit termasuk Add Math cuma grade add math lebih rendah sedikit berbanding syarat kemasukan ke Matrikulasi.
  6. Jadi bagi aliran non science, strateginya adalah MASUK KE PROGRAM DIPLOMA YANG DITAWARKAN OLEH POLITEKNIK, KKTM MAHUPUN ADTEC. Syarat kemasukan ke program ini tidak memerlukan add math. Syarat kemasukan ke poli teknik – Matematik atau Matematik Tambahan, SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional, Mana-mana TIGA (3) matapelajaran lain yang belum diambil kira kepujiannya.  http://www.politeknik.edu.my/spm/s_syaratmasuk2004.htm
  7. Masuk ke program diploma di POLITEKNIK, KKTM, ADTEC dan dapatkan keputusan CGPA >3.0 untuk melepesai kelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat degree di Universiti Awam terutamanya MTUN. (Syarat CGPA kemungkinan berbeza-beza bergantung kepada UA yang dipilih)
  8. Dengan transfer kredit maksimum 30%, calon mungkin akan dapat terus credit exemption untuk tahun 1 dan terus boleh masuk ke tahun 2.
  9. Belajar bersungguh-sungguh sehingga grade dan kemudian boleh apply kerja jadi engineer dan biasanya company tak akan tanya, add math ambil tak waktu SPM.

Kadang-kadang pelajar-pelajar ni, turning point mereka suksess dalam hidup mungkin agak lambat dan bukan sewaktu mereka mengambil SPM. Jadi laluan untuk mereka menjadi engineer masih ada dan yang penting usaha bersungguh-sungguh untuk belajar kerana belajar engineering ni lebih susah berbanding dengan IT sedangkan peluang pekerjaan di bidang IT lebih besar dan gajinya pun sudah tiada beza sekarang ni.

Apa-apa pun, minat yang paling utama untuk memilih laluan mana yang kita nak pilih untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

 

Posted in General news | Leave a comment

Homestay di Pekan

Sejak selepas PRU 14 ni, nama Pekan agak ‘hot’ kerana disini Parlimen bekas Pedana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Homestay di Pekan tidak kurang banyak. Hasil tinjauan rambang di mudah.my, tidak kurang lebih 20 homestay ada di Pekan disediakan untuk pengunjung-pengunjung datang ke Pekan.

homestay pekan

Biasanya orang ke Pekan ni, bila ada event-event tertentu atau tujuan kerja dan kenduri kendara serta hantar anak ke sekolah, kolej atau universiti. Sewaktu dulu, semasa ahli Parlimen Pekan menjadi PM, semasa lawatan PM sewaktu itu ke kawasan beliau, maka ramailah orang-orang KL turun mengiringi PM untuk melawat kawasan dan Pekan menjadi meriah. Sekarang mungkin tiada lagi. Namun, pengunjung ke Pekan masih ada kerana disini ada kilang-kilang automotive seperti DRB Hicom, Mercedes, Volkswagen, Isuzu dan kilang VACS.

Justeru itu, FnK homestay sedang malakukan analisa untuk menyediakan perkhidmatan homestay di Pekan bagi memenuhi tuntutan pengunjung ke Bandar Di Raja ke Pekan. Tunggu…..

 

Posted in popular | Leave a comment