Dubai – Kota Pelancongan Moden
Dubai – Kota Pelancongan Moden
Destinasi pelancongan Arab kebanyakan adalah tempat bersejarah Islam, seperti i Egypyt, Mekah, Jordan, Syria.. tapi lain di sini.
Bangunan tertinggi, Rekabentuk bangunan yang unik, Kompleks membeli belah, dll.. kesemuanya adalah termoden, tercanggih, tertinggi..
Kos? Hmm..sangat tinggi. Walaupun duit dirhamnya lebih kurang atau murah sedikit daripada RM, tetapi harganya tinggi . Hotel, makan, pengangkutan. Mcm harga kat London. Contohnya mcm system train nya, harga paling rendah, untuk short distance atau 1 stesyen 4 Dirham. Kalau pakej paling murah bus hop off, USD 30, beerti kalau convert jadi RM100 kurang lebih. Kesimpulannya walaupun duit Dirham dan RM lebih kurang, tapi.. kos disana cukup tinggi.
Tapi jika ada peluang, ada masa, dan ada keupayaan dan kesihatan, tempat ni patut menjadi salah sati destinasi pelancongan idaman.
Saya ? kesana pada 26hb sehingga 30hb Disember. 1 hari sebelum sambutan tahun baru. Sudah tentu saya kesana memilih cara yang bajet rendah selama 4 hari. 4 hari penuh makna dan amat terkesan dengan keindahan rekabentuk dubai.
Hotel:
Ada banyak hotel, boleh kata murah di dubai. Tapi jgn dibandingkan dengan Malaysia. Apartment 1 bilik juga banyak disini dan boleh dapat hotel serendah 200Dirham. Kalau Malaysia, RM200 dah boleh dapat 3-4 bintang, tapi disini relatifnya 200 Dirham adalah 1-2 bintang. Hotel tempat kami duduk kawasan Al Riqa road. Hotel yang pada mulanya tertulis kat booking.com RM500++ akhirnya bila check in jadi RM660. Sebabnya, tax 30%. Saya dah terbaca review di tripadvisor berkenaan tax ni, tapi terlupa waktu tempah. Hotel ni kalau dibanding dengan di M’sia, harga dalam RM230 – RM270 sahaja. Tapi ini Dubai. Lokasi hotel berdekatan dengan Metro station memudah pergerakan ke destinasi-destinasi yang dah sediaada.
Jika bajet rendah, duduk hotel berharga rendah… so, keadaan sekeliling pun medium to low cost punya suasana. Saya cadangkan jika yg kaki shopping, duduk kat area naïf. Sebab di sana ada gold souk, naïf souk, dubai old souk naik abra, fish market. Boring-boring duduk hotel, blh keluar sepanjang jalan sehingga bas stand, kedai-kedai bersepah… sebut je nak apa…. Semua ada.
Transportation
Teksi, Bas, Train. Bas mungkin pilihan terakhir. Teksi lebih mudah lah sebab kita tak tahu byk tempat. Tapi, praktikal sekali adalah train. Sebabnya, train ni kompeni Malaysia yg buat. Keadaannya sama mcm LRT kelana jaya. Takde pemandu dan system dia lebih kurang sama.. atau sama.. sapa biasa naik kat KL… takde masalah utk guna system metro dia org. train kat sana di panggil metro. Sebut je nak kemana ? dia ada green lane dan red lane. Tukar je.. HARGA ?? mahal lah. Paling murah short distance Dirham 4. Kalau same zone, 4.50 kalau all day 16 dirham. Amik contoh nak pegi ke burj khalifa/dubai mall dari metro stesyen Al Rigga. Tak perlu tukar train, sbb red lane, berenti kat stesyen 25, bas RTA dah tunggu kat situ, guna tiket sama untuk check in dalam bas, bas akan bawak ke dubai mall, turun, kena check out.
teksi, toyota camry… nasib baik tak hummer je jadi teksi
Masa kami sampai kat metro stesyen burj khalifa, tengok semua org menuju naik bas, kami pun sama tuju naik bas. Penuh bas, dan kami terpikir mcamana driver nak check ticket. Dan mmg mereka tak check. Masa nak balik, kami pun naik lah bas sama, driver dah brief naik dan turun kena touch kat mesin dlm bas, .. masa balik, sblm sampai kat metro stesyen, di berenti satu tempat, ada 2 berpakaian ala pengawal bawak portable mesin, check tiket semua org… huhuhu!!! Kami memang dah amik all day nyer tiket. So, ada passenger tak bayar tu, kena halau turun….. tapi local je lah yg dok nak menipu nih.. tourist tak kot.
Kebab nipis kat kedai kecik yg muat dua meja, kami beli bungkus. 5 Dirham. Bayangkan….. susah nak jumpa kedai banyak cam kat KL.. kedai mamak. Tak tahu lah kot2 kami memang tak explore byk tempat. Tapi mmg susah nak jumpa kedai byk2, luas… kedai yang luas biasanya kedai restoran exclusive. Kalau kedai-kedai biasa nih… paling banyak pun dok ada 3 meja je dlm kedainya, sempit.. Kebab dimana-mana sahaja. KFC, Mc D, marry brown pun ada. Beriani, marvelous.. x jumpa kat M’sia.
Tempat kami lawati.
















