parachute tersangkut di batu ferringhi

Batu ferringhi adalah salah satu tempat pelancongan tepi pantai yang heppening di P.Pinang. Ada banyak hotel di situ dan pantai yang cantik menjadi tumpuan. FnK sudah dua kali kesana dan tepi pantainya sentiasa penuh dengan pengunjung di tambah lagi denga macam-macam permainan air. Orang bersuka ria sambil bermain jet ski, riding horse, parachute, dll.

Tapi ada permainan yang kelihatan agak bahaya. Terutama jenis payung terjun yang ditarik dengan menggunakan boat, kerana masa landing, orang yang naik tu kelihatan sukar sekali untuk mendarat. Kami experience local tourist yang naik dan tidak dapat landing dengan sempurna. Semasa lawatan kami yang pertama, kami melihat sendiri pemain parachute yang ditarik boat ni tidak dapat landing dengan betul. Boleh lihat disini.

Hari ni bila bukak the star, ada lagi peristiwa sama parachute tersangkut di pokok di batu ferringhi. Operator-operator permainan air disitu menawarkan service kepada pengunjung, tetapi aspek keselamatan perlu di pertingkat. Atau pihak berkuasa boleh tiadakan terus jenis permainan ini kerana ia kelihatan sangat berbahaya. Kepada sesiapa yang bercuti, berhati-hatilah, jangan jadikan kegembiraan bercuti bertukar kesedihan.