Dubai – Kota Pelancongan Moden

Dubai – Kota Pelancongan Moden

Destinasi pelancongan Arab kebanyakan adalah tempat bersejarah Islam, seperti i Egypyt, Mekah, Jordan, Syria.. tapi lain di sini.

Bangunan tertinggi, Rekabentuk bangunan yang unik, Kompleks membeli belah, dll.. kesemuanya adalah termoden, tercanggih, tertinggi..

tertinggi di dunia bangunan tertinggi di dunia burj al khalifa on top of burj

Kos? Hmm..sangat tinggi. Walaupun duit dirhamnya lebih kurang atau murah sedikit daripada RM, tetapi harganya tinggi . Hotel, makan, pengangkutan. Mcm harga kat London. Contohnya mcm system train nya, harga paling rendah, untuk short distance atau 1 stesyen 4 Dirham. Kalau pakej paling murah bus hop off, USD 30, beerti kalau convert jadi RM100 kurang lebih. Kesimpulannya walaupun duit Dirham dan RM lebih kurang, tapi.. kos disana cukup tinggi.

Tapi jika ada peluang, ada masa, dan ada keupayaan dan kesihatan, tempat ni patut menjadi salah sati destinasi pelancongan idaman.

Saya ? kesana pada 26hb sehingga 30hb Disember. 1 hari sebelum sambutan tahun baru. Sudah tentu saya kesana memilih cara yang bajet rendah selama 4 hari. 4 hari penuh makna dan amat terkesan dengan keindahan rekabentuk dubai.

Hotel:

dubai deiraAda banyak hotel, boleh kata murah di dubai. Tapi jgn dibandingkan dengan Malaysia. Apartment 1 bilik juga banyak disini dan boleh dapat hotel serendah 200Dirham. Kalau Malaysia, RM200 dah boleh dapat 3-4 bintang, tapi disini relatifnya 200 Dirham adalah 1-2 bintang. Hotel tempat kami duduk kawasan Al Riqa road. Hotel yang pada mulanya tertulis kat booking.com RM500++ akhirnya bila check in jadi RM660. Sebabnya, tax 30%. Saya dah terbaca review di tripadvisor berkenaan tax ni, tapi terlupa waktu tempah. Hotel ni kalau dibanding dengan di M’sia, harga dalam RM230 – RM270 sahaja. Tapi ini  Dubai. Lokasi hotel berdekatan dengan Metro station memudah pergerakan ke destinasi-destinasi yang dah sediaada.

Jika bajet rendah, duduk  hotel berharga rendah… so, keadaan sekeliling pun medium to low cost punya suasana. Saya cadangkan jika yg kaki shopping, duduk kat area naïf. Sebab di sana ada gold souk, naïf souk, dubai old souk naik abra, fish market. Boring-boring duduk hotel, blh keluar sepanjang jalan sehingga bas stand, kedai-kedai bersepah… sebut je nak apa…. Semua ada.

Transportation

teksi dubai toyota camryTeksi, Bas, Train. Bas mungkin pilihan terakhir. Teksi lebih mudah lah sebab kita tak tahu byk tempat. Tapi, praktikal sekali adalah train. Sebabnya, train ni kompeni Malaysia yg buat. Keadaannya sama mcm LRT kelana jaya. Takde pemandu dan system dia lebih kurang sama.. atau sama.. sapa biasa naik kat KL… takde masalah utk guna system metro dia org. train kat sana di panggil metro. Sebut je nak kemana ? dia ada green lane dan red lane. Tukar je.. HARGA ?? mahal lah. Paling murah short distance Dirham 4. Kalau same zone, 4.50 kalau all day 16 dirham. Amik contoh nak pegi ke burj khalifa/dubai mall dari metro stesyen Al Rigga. Tak perlu tukar train, sbb red lane, berenti kat stesyen 25, bas RTA dah tunggu kat situ, guna tiket sama untuk check in dalam bas, bas akan bawak ke dubai mall, turun, kena check out.

teksi, toyota camry… nasib baik tak hummer je jadi teksi

dubai hummer teksi hummer

Masa kami sampai kat metro stesyen burj khalifa, tengok semua org menuju naik bas, kami pun sama tuju naik bas. Penuh bas, dan kami terpikir mcamana driver nak check ticket. Dan mmg mereka tak check. Masa nak balik, kami pun naik lah bas sama, driver dah brief naik dan turun kena touch kat mesin dlm bas, .. masa balik, sblm sampai kat metro stesyen, di berenti satu tempat, ada 2 berpakaian ala pengawal bawak portable mesin, check tiket semua org… huhuhu!!! Kami memang dah amik all day nyer tiket. So, ada passenger tak bayar tu, kena halau turun….. tapi local je lah yg dok nak menipu nih.. tourist tak kot.

metro station dubai bas di dubai train metro baru macam di KL

Makan.

Kebab nipis kat kedai kecik yg muat dua meja, kami beli bungkus. 5 Dirham. Bayangkan….. susah nak jumpa kedai banyak cam kat KL.. kedai mamak. Tak tahu lah kot2 kami memang tak explore byk tempat. Tapi mmg susah nak jumpa kedai byk2, luas… kedai yang luas biasanya kedai restoran exclusive. Kalau kedai-kedai biasa nih… paling banyak pun dok ada 3 meja je dlm kedainya, sempit.. Kebab dimana-mana sahaja. KFC, Mc D, marry brown pun ada. Beriani, marvelous.. x jumpa kat M’sia.

    kabul baryani  desert desert 

Tempat kami lawati.

Burj Al Khalifa – 2 kali pegi. Kali pertama pegi amik gambar.. pegi dlm tengahari, balik sebelum petang. Tak dapat tengok air pancut berjoget. Hari akhir kami pegi lagi tapi belah petang. Membawa ke malam. 6 petang tu, dah gelap. Asar 5.45, pertunjukan air pancut tu start dlm 6.30 selang 20 minit sekali. So, kami tunggu dapat tgk dua kali dan balik sebab flight nya pagi esoknya. Cara nak kesana… naik metro amik stesen 25, naik bas ke dubai mall. Masuk dubai mall keluar kat hujung sana dank at situ penuh pelancong.. mcm KLCC ada tasik. Balik boleh amik teksi, atau naik semula bas tadi untuk ke metro stesyen dan amik metro untuk pegi mana-mana destinasi lain.

Naif Souk –ini pengalaman jalan kaki… kalau kat KL/M’sia.. tak sanggup jalan kaki begini jauh. Berpandukan peta, mencari naïf souk dari naïf road. Punyalah panjang naïf road… bayangkan kalau tersalah jalan, bukan mcm kereta, boleh pusing semula sekejap je sampai.. ini jalan kaki.. fuh!! Tapi akhirnya kami jumpa naïf souk dan mmg giler lah bagi perempuan atau sesapa yg suka menyopping…abaya, tekstil, jam, kasut, kain, minyak wangi.. huh, sebut je lah semua ada.

   

Sembahyang kat masjid kat plaza naïf tu, makan kat belakang masji, kebab afghan. 2 org makan 47 dirham. Habis makan, sambung lagi melanin kat plaza naïf, borong abaya. Harga semua 120 dirham ke atas. Tapi kami penah baca dlm cari.com, blh dapat harga 60 dirham. So setiap kedai yang kami masuk, kami Tanya 60 dirham. Sampai lah kat satu kedai ni, kat luar plaza, borak punya borak, dia bagi 50 dirham, sbb dia dah salah faham… dia ingat kami buat biz di Malaysia dan nak beli byk, sbb tu dia bagi 50 dirham. Tapi sbb dah murah, akhirnya 5 pasang  beli jubbah abaya.

 

Abra – masa jalan-jalan menjahui naïf souk, kami di tegur oleh satu orang dari seberang jalan. Ingatkan teguran biasa, sbb pekedai disini, bila tgk muka kami, mereka blh cakap melayu sepatah dua. So, kami senyum je lah kat mamat yang tegur dari seberang jalan. Rupanya, dia ekori kami dan terus dapatkan kami. Dia kata tak blh tengok org Malaysia, mesti mahu datang cakap. Rupa-rupanya, dia ni mamat Pakistan, 10 tahun dok kedah. Cakap dgn kami pun loghat kedah. Dia bukak biz kat dubai nih dah 5 tahun, jual mcm2, handphone, kedai barang mainan.. dia bawak kami ke kedai area  murah. Dia kata jangan beli kat naïf road. Di bawak pegi kat kedai-kedai kat bas stand. Apa nama jalan, lupaa dah. So mula lah venture kedai yang baru kat area situ. Dia pesan, tawar 50%. Masa kami pegi tu dlm kol 2, dia kata 2-4 kedai tutup, dan bukak semula kol 4 keatas. Tapi ada je kedai  bukak kol 2 tu. So, dia cadang pegi dubai old souq naik abra. Abra dan water taxi. Abra 1 dirham je, water taxi 4 dirham, kalau tak silap. Kalau x confident, naik water taxi, sbb tertutp dan kapal lebih besar. Kalau gamble je, naik abra. Terbukak, dan bot mcm bot lama. Tak sampai 5 minit, dah sampai kat tebing sebelah sana.. huh, kat sini lagi banyak kedai-kedai jual kain baju, tekstile, etc….

 

Tempat-tempat lain dicadangkan patut pegi dan kami rancang, tapi tak dapat pegi atas sbb tertentu. Jumeira mosque, jumeira beach, burj al arab, shopping mall ibnu batutta, ghurair, dll. Klu malas nak venture sendiri tempat2 tadi. Carik je travel agent yang blh bagi khidmat berbayar, tinggal sediakan duit je. Blh pegi mcm2 tmpt lagi sepert safari desert etc.

 

last sekali – kami pegi, gold souk. Jual emas kat pasar. Souk tu maknanya pasar ye.. kedai jual mas, mcm kedai jual kain kat chowkit. Punya lah banyak, dan punyalah ramai org pegi. Samada org beli atau org dating sbb nak tgk suasana kat situ. Mmg menakjubkan…J