Persaingan yang sihat

Homestay sekitar kuantan, homestay sekitar pekan. Seperti cendawan tumbuh. banyak sungguh pengusaha-pengusaha homestay yang menawarkan rumah mereka untuk penginapan secara harian.

Ada yang sebelum nih, rumah buat sewa, tapi sewa tak lepas utk bayar monthly, tukar kepada homestay. Ada yang purposely sewa rumah, isi perabot, dan buat sewa harian. Ada yang beli rumah memang bertujuan untuk buat homestay. FnK berada di kategori mana ? … :)

Semalam, FnK manage untuk uruskan keperluan tetamu dari KL yang memerlukan 2 rumah. Ini pertama kali FnK telefon rakan-rakan pengusaha di sekitar Beserah/kuantan.

Quote perbualan rumah pertama “kenapa tetamu tu nak duduk homestay, kalau 2 orang je, baik duduk di hotel, 1 bilik dalam 70-80 je”

FnK menelefon 2-3 rumah dan kesimpulannya, rakan2 pengusaha perlu melayan panggilan telefon dengan cara yang paling baik untuk tetamu-tetamu kita merasa selesa.

Perbualan rumah pertama, FnK terasa amat terkilan. Dalam keadaan homestay di kuantan dan sekitarnya seperti cendawan tumbuh, persaingan untuk mendapatkan tetamu menginap sangatlah tinggi. Jika kita menolak tetamu yang ingin menginap, hmm.. tak tahulah.. mungkin kita buat homestay nih untuk mengisi masa lapang.

Pengunjung-pengunjung ke Kuantan atau Pekan atau Gambang dari serata Malaysia yang mencari homestay pada waktu peak seperti cuti tahun baru china, cuti sekolah hujung minggu, cuti hari buruh dan cuti-cuti umum yang lain, akan mendapati kebanyakan homestay fully book. Jika tak book awal, alamat duduk di hotel lah..

Permintaan yang amat tinggi ini hanyalah pada waktu peraayaan yang bertembung dengan hujung minggu sahaja. Pada waktu lain ? pada waktu weekdays ? Sapa yang ada datang ke Kuantan ? Kalau tetamu yang datang sorang, sudah tentu menginap di hotel. Jadi Homestay ? sebab itu layanan harus tip-top-tip. Barulah tetamu terkesan… ada perbezaan dengan hotel.. :)

Kalau ke Kuantan, destinasi2 yang menjadi tumpuan homestay adalah KUANTAN, PEKAN, GAMBANG, GEBENG. Kerana tempat2 ini adalah destinasi yang ramai tuju.

SELAMAT MEMBERI LAYANAN TERBAIK UNTUK RAKAN-RAKAN PENGUSAHA HOMESTAY!!