Kenapa Penginapan Kami

“Kami bukan hanya menyediakan penginapan, kami jalinkan hubungan baik”

Itu lah konsep homestay yang diusahakan oleh kerajaan. Jika ke inap desa, anda akan merasai kehidupan di perkampungan lokasi inap desa.

Kami penyedia penginapan ala homestay, semi inap desa, menyediakan rumah tumpangan bebas seperti anda menginap di hotel. Berbanding hotel, penginapan kami, anda memperolehi sebuah rumah dengan ruang tamu, ruang dapur dan lain-lain kelengkapan minimum. ‘Free and Easy’ – anda bebas dengan aktiviti harian di Kuantan.

Lokasi: Tidak kira, sekadar untuk tuntutan tidur mahupun untuk berehat, lokasi kami yang berada di jalan beserah sesuai untuk keselesaan anda sepanjang berada di Kuantan. Deruan pantai kedengaran, suasana perumahan yang aman (hanya terdapat 24 rumah semi D) memberi ketenangan penginapan disini.

Perkhidmatan Kami: Bila menginap di homestay, proses check in, check out berbeza dari hotel. Masa nak check in, kami akan tunggu tetamu di lokasi yang senang untuk di jumpai dan bawa ke homestay kami. Waktu check out, kami akan datang untuk pemulangan kunci. Itulah unik nya penginapan homestay. “Hubungan baik terjalin”

Tidak kira ketika bercuti, ketika outstation, pilihan mennginap di Homestay sudah menjadi trend berbanding hotel dan di FnK Homestay Kuantan, kami mengalu-alukan kedatangan para tetamu ke rumah persinggahan kami.